Friday, February 20, 2009

::Obesiti::

Obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi. Seseorang dikatakan obes jika beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya. Seorang yang obes boleh mencapai berat badan yang lebih rendah dan sihat dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan kalori.

Obesiti mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup. Dari segi emosi, seorang yang obes boleh menghadapi masalah kekurangan keyakinan diri dan depresi kerana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif. Selain itu, berat badan berlebihan boleh merosakkan sendi dan mengakibatkan osteoartritis. Obesiti yang serius juga meningkatkan risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes, masalah pundi hempedu, gout, penyakit jantung dan kanser.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

karbohidrat kompleks yang terdapat dalam pasta dan ubi kentang.

buah-buahan, sayur-sayuran dan salad.

daging tidak berlemak dan ikan.





Perbanyakkan makanan daging rendah lemak, sayur-sayuran dan berkarbohidrat kompleks

Mengurangkan

semua jenis lemak

alkohol

Mengelakkan

produk tenusu lemak penuh

snek berlemak dan bergula seperti biskut, kek dan kacang.

daging berlemak



Kurangkan pengambilan kek dan biskut

0 comments: